Biografi Taika Waititi

Awal hidup

Taika lahir di Raukokore di bahagian pantai timur Pulau Utara, New Zealand;[2] beliau berdarah kacukan kaum Māori iwi Te Whānau-ā-Apanui dari sebelah ayahnya dan kaum Yahudi Rusia dari sebelah ibunya[3][4] Beliau dinamakan sempena datuk sebelah ayahnya, Erueti Taika, seorang askar yang pernah berkhidmat dalam Tentera Darat New Zealand semasa Perang Dunia Kedua.[5]

Beliau dibesarkan di Raukokore serta di Wellington.[2][6]

Kerjaya perfileman

Taika mula membikin beberapa filem pendek dalam suatu pertandingan tahunan di negaranya, di mana para peserta dikehendaki menyiapkan filem mereka dalam masa 48 jam.[7] Sebuah filem pendek karyanya Two Cars, One Night (2004) mendapat pencalonan dalam kategori filem pendek terbaik Anugerah Akademi pada tahun 2005.[8][2][9]

Beliau turut berlakon dalam beberapa produksi tempatan seperti filem - Scarfies (1999) dan Snakeskin (2001) - dan siri TV The Strip (2002–03). Beliau pertama kali muncul dalam produksi Hollywood dalam filem Green Lantern (2011).[10]

Rujukan

WikiPedia: Taika Waititi http://deadline.com/2018/05/what-we-do-in-the-shad... http://www.imdb.com/name/nm0169806/ http://www.newjerseynewsroom.com/movies/boy-movie-... http://www.nzonscreen.com/person/taika-waititi/bio... http://www.stuff.co.nz/dominion-post/culture/63724... http://www.stuff.co.nz/entertainment/film/64001443... https://ew.com/tv/2019/04/14/the-mandalorian-star-... https://filmschoolrejects.com/the-captain-is-a-hil... https://www.instagram.com/p/Bwq0UQnH_76/ https://www.nzonscreen.com/title/two-cars-one-nigh...